Blog ini diterbitkan untuk keluarga Zaharan dan Jamaliah.

Mencatatkan pelbagai aktiviti , percutian dan peristiwa untuk dikongsi bersama keluarga dan kenalan.

Isnin, 5 Disember 2011

Shopping Sakan Utk Percutian Keluarga

4 Disember 2011 (Ahad)

Hurm... kami sekeluarga bercadang hendak ke Korea Selatan pada 20 - 25 Disember ni , yer lah nak maen snow kata si kenit tuu.... well.... ikut lah pakej muslim travel senang sikit sebab nak ke sana susah nak cari makanan halal kalau kita tak biasa.

So, kami pegilah shopping pada hari Ahad lepas, jenjalan cari baju panas dan apa2 yang patut.. maklumlah kami bukannya pernah pegi melancong ke negeri yang bersalji nii... kang kalau sejuk sangat kang nak bergerak pon tak dapat... tok sah kata nak bergerak tapi takut demam pulak... demam kesejukan... payah tuu.

So, berhabis jugaklah nak nyiapkan kelengkapan... banyak gak duit yang terbang... tapi tak pa... asal bahagia dan within the budget. Seronok + Teruja = duit terbang.... hehehe. Nanti kene le kumpul balik duit yang telah dibelanjakan.

Percutian kali ni Nawwal tak dapat ikut sebab dia ada kelas memandu. Jadi kami pergi berlima sahaja. Nantilah kalau ada rezeki umi nak bawak dia ke tempat lain ikut program FAT projek yang umi jaga. Insya Allah... China ke atau Europe ... tengoklah mana yang available.... asyik bos dan big bos aje yang keluar negeri... umi nak gak rasa.

Anyway, harap-harap percutian kali ni berjalan lancar dan dipermudahkan.... Amin

Rabu, 30 November 2011

Salam Maal Hijrah.....

Salam ,


27 November lalu merupakan tahun baru Islam.... salam maal hijrah utk semua yang mengenali diri ini. Tahun baru dan azam baru... bagaimana hendak memulakan semula apa yang nak dihijrahkan... berhijrah dari yang kurang baik kepada yang baik... yang kurang sempurna kepada yang lebih sempurna....

Moga Allah memberikan kami bimbingan dan seterusnya memberkati apa yang kami lakukan utk perubahan yang ingin kami lakukan..  Semoga tahun baru ini menjadi tahun yang  lebih baik dari tahun sebelumnya, tahun yang penuh dengan kedukaan dan kepiluan kami sekeluarga....

Moga tahun ini juga kami memperoleh rezeki yang melimpah ruah dan keberkatan terhadap rezeki tersebut. Moga Allah permudahkan segala urusan kami juga.

Nani ke kem motivasi , Nana ke EON Mall

Salam,

28 November 2011 (Isnin)

Sebelum cuti sekolah lepas , Umi dah register Nani dan Nana utk mengikuti progam kem motivasi di Ayer Keroh, kenela bayar RM 100 sorang. Sebab bebudak dorang tu dah excited sangat. So apply masa belum cuti sekolah lagi , jadi budak dua orang ni dah kira2nya bersedialah dari segi mental...

tup tup just few days before the event, ayah dia ubah fikiran tak nak bagi si kenit pegi.... ayah cakap dia kecik lagi dan terlalu fragile nak bagi involve dengan event camni. Tambahan pulak sikenit ni susah nak berenggang dengan umi dia.... hurm... apa lagi mengkotla sikenit tuu...

Dak kakak pulak bila dapt tau adik dia tak jadi gi... dia pulak dah saspen.... dalam perut ada kupu-kupu.... hehehe...... sabar kakak... jangan takut.... nanti adalah kengkawan yang sama-sama tuisyen kat program tu....

So, last sunday lepas balik dari Mersing melawat Nawwal, umi , nana dan nani pun ke Jusco untuk cari kelengkapan dia cam seluar trek... budak sorang ni seluar trek dia kureng... yang ada tu atas ehsan umi dia.... almaklumlah badan dah hampir sama dengan umi dia ... abis umi die nyer suar kene kebas.... hahaha.

Beli dua helai suar untuk dia... dak adik pulak ayah dia dah janji akan bagi 50 hengget sebagai ganti rugi tak serta dalam program tuu... haha janji yer Yah..... anak tu menuntut... so kami pun siapkan lah kelengkapan dia sebab dia kene daftar pada Isnin 29 November jam 9 pagi... malam tu berkemaslah barang-barang keperluan dia...

Sok pagi, kira2 jam 8.30 dah siap siaga la..... ha tengoklah sendiri foto yang diambil... kemain lagi... moga enjoy dengan program yang disertai dan mendapat manfaat dari pada program ini Nani.....

dak adik pulak????????????????????

Lepas hantar Nani kami balik umah dan ayah ke opis ada keje... cam biasa la tuu... duduk la umi dan ana kat rumah... apa lagi menovel la.... seperti biasa.... Petang tu lepas asar kami becdang nak ke dataran pahlawan untuk membeli pakaian utk ayah ... yerlah ayah... baju dia cuma ada 2 helai sahaja. kesian pulak... tapi kus semangat dahlah cuti sekolah.... parking tersangatla penuh.... nasib tak menyebelahi kami dan maka kami seterusnya meneruskan perjalanan kami ke AEON Mall atau lebih dikenali Jusco Baru...

Niat dihati nak cari barang cik abang... ayah la tuu, terpandang pulak kedai Universal Traveller... apa lagi... teruslah masuk nak tengok pakaian musim sejuk... sebab kami becadang nak ke Korea Selatan pada hujung Disember ini.... ada diskaun lak.....

Pilih-pilih punya pilih dapatlah baju utk sikenit nana..... yang tadinya merajuk.... pergh... jacket, seluar, long jon dan glove ajer telah menerbangkan duit ayah dia sebanyak 700 hengget.... hadoiii.... tu baru dia sorang, kami yang lain ni camne yer....... ada 4 orang lagi... berapalah agaknya yang kene belanje.....

Tapi tengoklah sendiri anak dara ni melaram dengan baju dia.... cam bebenor aje... dah tak sabar sangat nak ke Korea... maen salji gitu...... Winter Sonata.......

Macam orang bulan pon ada.... haha.... comel sikenit umi ni......... apr2 pun moga kami semua dapat pegi melancong seperti yang telah diaturkan.....

Nawwal dan MRSM Mersing dalam kenangan......

Salam,

27 November lepas kami telah berkunjung ke sekolah Nawwal utk kali yang terakhir (rasa-rasanyalah) sebab dia cuma tinggal berberapa hari saja lagi untuk menghabiskan SPMnya yang dijangkakan tamat pada 30 Nov... umi rasa agak sayu jugak sebab lepas ni entah sampai ke tidak lagi kami di sana... yerlah walaupun cuma hampir 6 bulan Nawwal di sana disebabkan kami agak kerap kesana rasa dekat dihati tu memang terasa.... almost every week.... just imagine

Tambahan pulak kalau nak ke sana tu akan melalui jalan ke kampung Umi yang dulu2 agak jarang dilalui. Walaubagaimanapun hidup mesti diteruskan. Tak boleh bersedih lagipun Nawwal dah habis belajar, maksudnya sekolahlah... kalau ada rezeki dia sambung belajar di Universiti ke atau kolej ker.... lain lah citernya pulak.

So masa kunjungan kami kesana pada 27 Nov lalu sempatlah amik foto berberapa keping untuk kenang-kenangan. Ayah sempat gak goreng mee utk nawal makan dengan kengkawan dia... kami just bekfas kat luar jer... singgah di Tangkak sebelum ke sana.

Semoga Nawwal mendapat keputusan yang cemerlang di dalam SPM nya dan pengalaman di MRSM Mersing akan terus menjadi kenangan kami.















Khamis, 17 November 2011

Last day persekolahan 2011........

18 Nov 2011 (Jumaat),

hari ni adalah last day persekolahan utk tahun 2011, nana dan nani nak gak gi sekolah walaupun bukannya belajar pon. Tak apalah mungkin nak jumpa kengakawan kot.... umi kesian pulak , gosokla jugak baju dia.. tapi penat gosok rupa2nya dia nak pakai baju sukan jer.... ponek den gosok..... sebab pastu bukannya pakai pon sebab dah habis skolah... heeeii geram.....

Tapi bagi Nawwal, masih lagi berjuang untuk SPM nyer.... umi sentiasa mendoakan anak umi berjaya dengan cemerlang. Moga kesihatan Nawwal bertambah baik dan dapat menjawab dengan tenang dan cemerlang..

Minggu ini tak taulah dapat jengok dia ke tak sebab ayah agak sebok sekarang dengan aktiviti MC nyer.... malam semalam, malam ini dan malam esok, ada dinner dan majlis..... soo, nothing much that we can do without him around... Kami tiga beranak dok umah jer la layan tv dan buku.

Semalam ke stadium Pelembang (kat tv jer la), tonton bola Malaysia lawan Indonesia dlam sukan Asean.... dup dap dup dap hati... seb baek Msia menang 1-0... umi kuat jerit sampai budak2 kata ni yang tak suka tengok bola ngan umi, kaki jerit.... cam perempuan g......a .. ala janganlah marah dek non sesekali umi layan tv.... selalunya umi mana ada tengok tv.... korang jer yang layan... kan.....

 So berbalik kepada citer sekolah tadi.... ha bermula esok dah cutilah kira2 nya....selamat bercuti semua... enjoyla makan tido.... hehe

Selasa, 15 November 2011

Marhani dan Marhana - duit bantuan kerajaan

16 Nov 2011 - hari ini merupakan hari serahan duit bantuan kerajaan yang diumumkan oleh PM masa pembentangan bajet 2012 lalu. So nani dan nana dapat sorang seratus hengget utk perbelanjaan sekolah tawon depan.

Mengikut surat yang dikeluarkan oleh pihak sekolah hari ini jam 11 pagi. Tapi umi masih ada dipejabat lagi, masih menunggu panggilan tepon dari bebudak , jadi ke tidak. Nanti kalau tak de , tak la umi dah terpegi ke sana. Buang masa jer. yerlah masih menunggu, masih mengunggu, masih mengunggu....... hurm!!!!!!!!!!!

Isnin, 14 November 2011

Nawwal , demam dan exam

Salam sejahtera,

Jumaat lepas 11 Nov , Nawwal ada telefon umi memaklumkan yang dia kurang sihat. Demam katanya , badan panas, batuk dan selesema. Kesiannya, sebab dia nak exam hari isnin 14 nov. So hari sabtu 12 nov, kami pun berangkatlah ke Mersing. Asalnya nak kesana hari Ahad sebab atuk dan nenek dia nak ikut sekali. Untuk bagi semangat dan dorongan sebelum berjuang.. Dah sakit kenalah pegi awal.

Umi pulak tak berapa sihat, cam ayah dia gak, selesema. So hari Jumaat tu lepas balik dari meeting di KL, lepas maghrib kami ke Klinik amik ubat. Ubat utk umi dan ayah serta ubat utk nawal sekali. Disebabkan nak pergi tergesa-gesa so tak de le memasak, beli jer dan bawak bekal utk makan disana.

Tengok dia memang nampak tak berapa sihat tapi nasihat makan ubat dan jaga makan. Doa moga Allah berikan kesihatan yang baik utk dia. Tapi semalam masa umi nak gi putrajaya ada meeting, dia telefon selepas exam paper BM. katanya dia demam kuat sampai nak jawab yang akhir-akhir tu dah macam tk brp ok.

Umi panik gak, truss call ayah dia yang tengah berkursus di EQ. Ayah dia yang dengar berita ni trus buat keputusan nak kesana jengok dan bagi sokongan utk nawwal. Begitulah kasih ayah..... nak travel ke Mersing bukannya dekat, pegi 3 jam dan balik 3 jam. Tu kalau dia bawak keta 130 atu 140.... hadoiii... umi nak ikut tp ada kerja di Putrajaya tepaksalah mengalah.

Kesian nawwal, demam saat-saat menjalani exam. Ini memang ujian dari Allah. "Ya Allah, moga kau berikanlah kesihatan yang baik kepada anak ku agar dia dapat menjalani ujian dengan baik dan cemerlang. Permudahkanlah segala urusannya Ya  Allah dan kau berikanlah dia keputusan yang cemerlang . Hanya kepadaMu , aku berserah dan hanya padaMu aku meminta pertolongan. Sesungguhnya Kaulah yang maha mengasihani dan maha penyayang" Amin.

Ahad, 13 November 2011

Majlis Graduasi Nawwal

3 Nov merupakan tarikh program majlis graduasi nawwal di MRSM. Umi dan ayah serta Nani dan Nana ke sana pada 2 Nov. Kami bermalam di Seri Malaysia Mersing. Terpaksa bermalam di sana sbb majlis bermula jam 8.30 pagi.
Selepas bekfas, hanya umi dan ayah jer yang kesekolah nawal sebab bebudak tak dibenarkan masuk dewan. Kesian pulak kalau bawak anak dara dua orang tu. Nanti kalau kene dok luar lama sangat sure boring. Jadi biar dorang tinggal kat hotel, tuntun tv atau baca buku.
Okayla majlis tu, majlis graduasi utk pelajar tkt 3 dan 5. Teringat pulak masa umi punya majlis graduasi. hehe. Alhamdulillah akhirnya selesai jugak nawwal dengan belajar dia walaupun banyak sangat peristiwa yang berlaku. Umi dan ayah sentiasa doakan yang terbaik utk dia, moga dia akan terus berjaya dalam spm dan seterusnya ke Universiti.
Walaupun keputusan dia tidaklah begitu excellent, kami bersyukur dan berdoa moga spm nanti lebih baik dari apa yang diperolehi sekarang. He's getting better and better everyday... itu yang positif... as long as dia nak belajar, umi dan ayah sentiasa mendoakan dan menyokong.





Ada berberapa foto yang kami amik di sana. Nak bergambar banyak-banyak hari pulak hujan so, tempat dan pergerakan terhad. Umi ada gak belikan flower utk dia siap ada teddy bear kecik lagi tapi teringat bila belikan dia, sikenit duaorang tu pasti nak jugak..... alamak! kenele beli gak utk duorang tuu... hehe.....
So selepas majlis tamat kira-kira jam 12 tengahari, ayah dah siap check out sekali dan amik budak duorang tu dan bawa ke sekolah nawal. Nawal balik sekali dengan kami sebab dia ada dapat pelepasan cuti utk hari raya haji sekali. Jadi kami bawa dia balik sekali. Kembali semula kesekolah pada 7 November. Itupun kami akan hantar nanti. kesian nak suroh dia naik bas.

Rabu, 9 November 2011

Ibadah Korban dan Hari Raya Haji

Assalamualaikum semua.......

kali ini umi dan citer tentang hari raya haji dan ibadah korban tetapi sebelum itu nak ucapkan dahulu selamat hari raya haji pada semua yang mengenali diri umi.... yerlah kite baru jer menyambutnya pda 6 November 2011 lalu.

Di tempat umi maksudnya di taman tempat tinggal kami, seperti biasa dilaksanakan ibadah korban dan kali ini sebanyak 4 ekor lembu yang akan dikorbankan. Alhamdulillah semua berjalan lancar, tapi umi tak pegi pon sebab umi ni takut tengok darah yang banyak. Jadi dengar citer jer la.






Persediaan lain untuk raya haji tak der sangat la cume umi masak soto ayam jer... untuk makan kami sekeluarga. Tidak kemana-mana sebab ayah ada kerja dan umi pon tak de mood nak berjalan-jalan.


Rabu, 27 Julai 2011

Kursus.... Ujian..... Lulus ..... Yezza.....

Assalamualaikum seme.... umi nak ceciter skit satu citer yang umi suker sangaaaaat....

11 Julai lalu umi kene gi kursus.... kat Melaka jer...... punyala seronok sebab dah lama tak gi kursus...... so dapatlah release skit...... tapi kursus ni rope-ropenyer ada kene amik ujian.... sebab kalau lulus dapat sijil.... kursus yang umi hadiri adalah "kursus Penilai Shassic (Safety and Health assessment system in construction).

Ha .... kalau lulus kursus ni boleh dapat lesen untuk mengaudit... kira ada lesenlah dari CIDB tetapi dengan syarat perlu ada green card dan juga ada sijil kursus Construction Safety and Health Officer selama 5 hari. Pergh!!!!!!!!!  kalau dah ada lesen ini, CIDB boleh panggil kita bila-bila masa untuk mengaudit jika ada permintaan dan yang paling penting masyuk.... sekali mengaudit dapat RM600 dan semua lodging dan perjalanan ditanggung beb..... lumayan tuu..... sapa tak nak..... extra income...

Anyway... syukur Alhamdulillah lulus walaupun masa menjawab soalan tuhari teramatlah tensen nyer... mana idaknya ada 120 soalan seme dan dikehendaki menjawab dalam masa 60 minit. Bermakna satu minit kene jawab dua soalan... kalau nak lulus perlu betul 84 soalan..... hadoiiii................ memangla soalan tu objektif tetapi bahasa hinggeris tau...... nak baca soalan jer dan setengah minit..... belum jwb lagi tuu....

Tapi Allah maha Kaya... segala usaha tidak sia-sia..... berjaya jugak umi lulus dan kawan yang gi sama kursus pun lulus... La nie tengah tunggu opis hantar kami kursus further iaitu kursus 5 hari CSHO plak... barulah lengkap jadi auditor....

Seronooook sangaaaat.... walaupun dah tua-tua tapi masih boleh lulus ujian... ini memberikan semangat umi untuk mencuba sekali lagi ujian Jurutera Profesional pulak.... mana boleh dah 22 tahun keje tak dapat Ir lagi... orang lain yang mude2 seme dah ada Ir... malulah beb... sok kalau nak amik tempat pak aji tuu sekurang-kurangnya ada Ir barulah orang suspek skit... ops.... respek skit.

Insya Allah... umi akan berusaha untuk mencapai cita2 umi... dimana ada kemahuan di situ ada highway.... jangan anggap umur sebagai penghalang untuk kita terus belajar dan belajar....  harap ayah dan keluarga seme dapat memahami kehendak hati umi ini.....

Moga mendapat keredaan Allah dan perlindungan Nya jua...amin


Mengupdate blog dan mereka blog baru.

Assalamualaikum semua....

Umi kembali membuat catatan setelah sekian lama menyepikan diri setelah pulang dari mengerjakan Umrah bersama ayah , nani dan nana.

lama gak... yelah last catatan dalam bulan Februari... la ni dah bulan julai... nak buat camana... banyak blog nak updatekan... bila update kan blog famili... yang sendiri punya tertinggal la

Rasa-rasanya macam rindu gak nak mencatatkan pengalaman disini semasa berada di kota Madinah dan Mekah, tapi umi rasa adalah lebih baik umi create another blog khas utk catatan pengalaman di sana... nantikan keluaran blog terbaru umi tau.....

Pastu umi nak gak buat satu lagi blog tentang buku-buku yang umi telah baca dan memaparkan kupasan buku tersebut.. just for sharing knowledge. Umi ni bukanlah pandai sangat ataupun banyak sangat ilmu tapi umi suka membaca terutamanya buku yang berkaitan dengan agama.... sejarah islam , para nabi , dan macam2 lagi... jadi kekadang suka gak kongsi citer dengan ayah dan kengkawan.

Bukan apa bila kita berkongsi citer dan ilmu... ianya akan tersemat di dalam hati kita dan menjadikan kita seorang yang berilmu dan tajam pemikiran. Yelah... itulah yang memberikan kepuasan di hati umi apabila membaca dan kemudian share the information dengan semua..... seronok... bukan membangga diri tapi seronok dan puas...

So nantikanlah blog-blog terbaru umi tersebut tau.... nak share dengan kengkawan dan juga keluarga..... Ok see uollzz seme nanti... dah

Sabtu, 19 Februari 2011

Sambutan Maulidul Rasul.... Taman Merak Mas

Ya.... kalau Selasa lepas merupakan Hari Maulud Nabi dan disambut peringkat Negeri Melaka... esok plak adalah sambutan diperingkat Taman Merak Mas. Sekarang ni pun ayah tengah sebok kat Surau, bergotong royong memasak untuk esok.

Petang tadi umi , Nani dan Nana siapkan goodies untuk bebudak... dah siap dah... dah bawak kat surau pun. Ayah pulak sebok hiaskan beca untuk digunakan esok masa perarakan. hehe..... kelakar pun ada.. tengoklah foto yang diambil tuu....




Selepas dihias.. cantik gak beca ni ya....

Esok Majlis akan berlangsung, malam ni test drive dulu... hehe jangan ingat senang nak bawa beca ni.... tadi ayah cakap hampir2 langgar kete... bukan kete gerak tapi kete parking....... seb baek tak langgar, kalau tak tah apa lah yang akan berlaku.


Tambah kapsyen

Okay ....sambung esokla... dah lewat ni, jam dah pukul 1 pagi.. esok nak bangun pagi.... to be continue ya..... tungguuuuuuuu

Ya.... hari yang ditunggu pun tibe.... pagi ni sume bangun awal utk berarak. Tidak ketinggalan Ayah, Umi, Nani dan Nana. Alhamdulillah ramai jugak orang... kalau dilihat adalah lebih kurang 200 lebih. Lepas berarak dan selawat ada ceramah di surau. Pastu baru ada jamuan ringan... ringan tuu tak de la ringan mana... sbb makan nasi. Disini ada dipaparkan foto masa berarak.



MORAL OF THE STORY : Selawat dan salam atas Junjungan Besar kita. Tidak kira samada semasa dihari  kelahirannya ataupun bukan. Insya Allah mendapat syafaatnya. Amin

Jumaat, 18 Februari 2011

Ayah.... maulidul rasul.... perarakan.............

Assalamualaikum.........

hari ni umi nak update sikit berita yang berlaku minggu lepas..... 15 Feb lepas adalah hari Maulidul Rasul.... so seperti biasala dan tahun2 sebelum ini ayah memang terlibat secara langsung dengan acara perarakan peringkat negeri Melaka.

So.... dapatlah baju Melayu sepasang lengkap (maksudnya serba berdirila), dari seluar , baju hingga ke songkok, samping dan tidak ketinggalan butang baju... cuma tahun ini tak dapat kasut jer....  jadi dengan bergayanya ayahpun bersiap sediala untuk ke majlis berkenaan.

Umi  plak... dikehendaki menghantar ayah ke lokasi perhimpunan iaitu stadium hang tuah.... jadi dengan berbesar hati umi pun hantarla... tinggalkan bebudak pompuan duorang duduk umah jap.

Yelah seronok kan dapat berarak dan berselawat ke atas Junjungan Besar kita... ayah dapat giliran ke 5 jadi sampai lebih kurang jam 10.30 di pekarangan Masjid Al Azim... tahun ini kata ayah penyertaan adalah sangaaaaat ramai... tahun2 sebelumnya lebih kurang 8 ke 9 ribu orang sahaja tapi tahun ini mencecah 11 ribu... pergh... barisan plak lebih kurang 198... kalau ayah baris ke 5 sampai jam 10.30 cuba bayangkan barisan yang ke 198 tuu... agak2 kul bape sampai ya.

Yelah kekadang ada pros and con... kalau sampai cepat.. dapat selawat cikit aje.... sebab dari jam 9 berarak sampai jam 10.30 tapi barisan yang terakhir sampai mungkin jam 1 kot.... tentulah dapat berselawat lebih kan.... alhamdulillah.... syukur.... tapi itu bagi yang berselawat tapi bagi yang "bersembang" ha... rasanya dapat gak... dapat penatla....

Mengikut ayah... ada gak anak2 muda yang mengikuti perarakan ini tetapi berkelakuan kurang sopan dengan menghisap rokok dan membuang merata-rata... tak cukup dengan itu sepak botol atau tin minuman dan mengurat pompuan... mengapa ya.... orang bukan Islam memandang kita dan merasa gerun sebab kita bersatu hati  mengagung-agungkan Nabi kita tetapi sewaktu berarak berkelakuan sebegini bagaimana pandangan mereka... apa ni...  Na'uzubillah.... bukan mengumpat cuma berkongsi  cerita supaya dijadikan iktibar dan pengajaran... ambil yang baik dan buangkanlah yang buruk.


Sehubungan itu.... marilah kita semua selaku umat Islam yang mengakui Nabi Muhammad itu adalah pesuruh dan kekasih Allah... marilah kita berselawat... menjadi peserta untuk perarakan bukanlah bertujuan untuk mendapat baju pree ataupun makan pree.. tapi adalah kerana semangat cintakan rasul kita. Perbanyakkan lah selawat moga-moga kita mendapat syafaat nya.... Insya Allah ..... Amin.


Moral of the story : Betulkanlah niat kita menyertai perhimpunan. Keikhlasan mencerminkan keperibadian.

Rabu, 9 Februari 2011

Marhana..... Pengawas....

Assalamualaikum.....

kali ni nak bercerita tentang kisah si kenit pulak...siapalah kalau bukan Nana....

Si Nana ni telah dilantik menjadi pengawas sekolah.... punyela dia seronooook sangaaat... kamipun tumpang suka lah jugak... walaupun agak kesian kat kakaknya... kecik ati die... sbb dia tak dapat .... si Nana pulak pulak agak kecoh sikit...

Asyik2 tanya ayah die bila nak beli baju.... minggu lepaskan cuti rayo cino... dah tentulah kodai banyak yang tutup... terutamanya kedai bee loon.... lagilah tutup.... camno nak buek yo... pujuk gak die bersabar sikit... kalau tak sempat hari senin tuari pakai la baju putih dulu... nanti umi ayah belilah baju ari senin dan pakaila ari selasa....

Mula kata ya... pastu tanya balik... last2 kami pun dah tahan dan kesian pun ada... lepas hantar Imi balik asrama kami pegilah ke kedai kemboja di Duyong ... kekadang kedai ni ada gak jual baju warna.. sebab dia jadi pengawas ni kene pakai baju warna kuning.... hari tu cari kat Maidin... tak da warna kuning cuma putih dan biru sj...

Alhamdulillah kat kedai Kemboja ni adalah baju warna kuning tetapi tersangaaaatlah kuning nya... terlebih kuningla... dahla tu tudung pulak lain benor kalernya... so kami cuma amik  baju sahaja.... pastu cubala nak cari kasut pulak... tapi terpandang la baju sekolah kat kedai kasut tu... kedai ni pelik skit sebab selain dari jual kasut ada gak jual baju skolah... seb baik ada baju sekolah warna kuning...

So belikanlah si Nana baju kurong selai dan kemeja selai... tudong 2 helai dan kasut hitam sepasang... akhirnya ayahnya pun kenele bayar 90 hengget hari tu... kekadang tu pelik le sekolah ni... kalau nak buat lantikan untuk pengawas ke perpustakawan ke... cubala bagi surat akhir tahun lepas... jadi lantikan dibuat seawal sekolah buka... jadi tak da la mak bapak ni dah terhabis duit beli baju warna putih pastu tu tukar pulak... kan ke membazir namanya... bayangkanlah kalau mak bapak yang mempunyai pendapatan yang kureng... tidakkah itu membebankan.... entahlah...

So, akhirnya dengan bergaya si Nana ni pun pakailah baju tu pada pagi Isnin... haha... nak tergelak pun ada... sebab... petang tu balik dari rumah kak Ros masa umi amik die... dia kata pakai baju pengawas bila dapat surat dulu tapi kalau dah terpakai tak pa lah.... hai hai hai Nana... cikgu pun cakap tak terang dan budak pun tak berapa nak dengar... hari isnin tu baru dapat surat... apalah bezanya pakai hari isnin ke selasa ke... macam2 hal...

Moral of the story : Janganlah terlalu excited sangat.. sampai tak dengar arahan... akibatnya .........bawa2lah bertenang... 

Untuk Kakak.... bersabarla... insya Allah kelebihan kakak ada ditempat lain... gandakan usaha wahai puteri2ku agar kalian berdua dikurniakan Allah kejayaan yang cemerlang dalam akademik dan kehidupan. Moga Allah berikan kesihatan yang baik untuk kalian dan jadilah anak yang solehah... Amin.

Khamis, 3 Februari 2011

Ting tang ting tang.... alexender... masak lomak ikan keli

Assalamualaikum semua......

Hurm.... seronoknyer nak citer kat semua orang yang umi dah sukses .... suksek ape.... ha..... ni ha cik bedah nak citer skit.... arini cik bedah dah berjaya memasak dengan suksesnyer masak lomak cili api...... ikan keli.....

Terkezuuuuut ker..... ya .... Umi kan tak makan ikan keli tapi nak citer skit aritu..... ada orang bagi masak lomak ikan keli ... amboi sedapnya... dari tak makan kepada makan... ha semalam ayah ada bawa balik ikan keli yang dibeli dari kawan die... 2 kilo............. tapi dah siap siang..... banyak tu adalah lebih kurang 13 ekor.

So arini ni umi kene le memasak.... camana ya nak masak macam yang kawan bagi aritu.... ha takut tak jadi kenele tebalkan muke menanye resepi die...... so caling-caling le.... so bila dah siap dan rasanya memang sodap.... jadi dengan suka citernya Umi dah berkongsi resepi dengan kaum keluarga dan sahabat handai.... (bukan nak memuji diri sendiri tapi berkongsi ilmu.... tak salahkan)

Ha... mula-mula ikan tu dicuci bersih.... dan kalau nak sedap lagi boleh le bakar jap atau masukkan ke dalam oven utk kurang kan air dia...... kalau tak bakar pun tak pa..... pastu caranya seperti dibawah.

1. Lada/cili padi (ikut suke.... nak pedas letak banyak , ) sendiri punye tastela di blend dengan sedikit belacan, utk 2 kilo ikan lebih kurang 1/3 dari saiz belacan bulat tu.
2. Masukkan kedalam santan kelapa, serai lebih kurang 4 ke 5 batang dititik.
3. Kunyit hidup atau pun serbok, mana-mana pun boleh..... dan akhir sekali letakkan perahan air limau kasturi (limau sambal). Untuk 2 kilo ikan... gunakan lebih kurang 2 hengget limau. (lebihpun tak pa, lebih masam lebih sedap)
5. Akhirnya garam  dan ikan bila santan mendidih dan masak macam masak lomak biasa la  dikacau atau tembok kata orang tua... takut kang kuah die pecah minyak dan bertahi minyak pulak dah tak sedap.....

Insya Allah dengan bismillah dan selawat semasa memasak.... pasti berjaya/ sukses punye.... Ingat JANGAN masukkan BAWANG MERAH atau BAWANG PUTIH .... hanya cili dan belacan saja....
Okay dah... ditayangkan foto masakan untuk tontonan semua..... terlioq tak?

hm.... nyum ! nyum ! nyum!

Rabu, 2 Februari 2011

Kajang.... Hj Samuri ........... amik Nawal ,,,,,,,,,,,kaitannye?

Aha.... assalamualaikum.........................

Citer terbaru kami adalah ke Kajang (semalam , 2 Feb 2011). Tujuan sebenarnya ialah untuk amik Nawwal yang turun dari Perlis ke Kajang.... Ni kes nak balik ngan kengkawan le tuu.... mengikut kata Nawal die akan bertolak dari Perlis jam 3 petang dan dijangkakan akan tiba di Kajang jam 9 malam....

Mulanya dia ada beritahu akan menaiki ketapi dari Kajang ke Seremban dan minta kita tunggu di Seremban saja.... tapi ayah die kesian jadik kami cadang nak amik die kat Kajang sj. So semalam lepas bersolat Maghrib kami terus dengan huru haranya bersiap untuk ke Kajang. Maklumlah lepas solat jam dah dekat kul 8 malam... Ayer Keroh .... Kajang... kalau dikira-kirakan sejam bole ke sampai.... hmm..... ish... pakai fortuner... henjut le 150 mesti sampai punyer.... (eksen le tuu...) tak da la kete banyak semalam maklumlah orang ramai balik kampung sempena Tahun Baru Cina ni.... jadi bukanlah boleh laju2 sangat.

Akhirnya selepas bercanda-canda dengan keter lain di highway kami pun sampai le di Kajang kira-kira jam 9.30 malam... porut den dah lapar ni.... pas tu ternampak pulak FULAMAK.... besarnya..... Restoran Hj Samuri.... Satay Kajang sebenar.... ( separuh promosi separuh sj nak bagi sakit ati korang)... haha... Hj Samuri dan Satay Kajang memang cukup sinonim kan..... harusla ...... kan....


Restoran Hj Samuri... Satay Kajang... besarkan....
Berpusing-pusing gak kami mencari parking.... banyak gak keter kat situ... rupa-rupanya restoran Hj Samuri ni bersebelahan dengan stadium Kajang... dahla tu ada game lak... memang le sesak... orang ramai sbb esok pun cooteee kan.... bawa anak2 main permainan yang ada kat situ ... termasuk le bebudak kami nii... seronooook..... sangaaaaat...










Si Nana sempatla jugak melepaskan gian menaiki permainan tuu... pastu umi cakap... jom ! makan dulu... Umi dah Lapau.... sebenarnya nak rasa ape ke yang sedap bebenor satay Hj Samuri nii... sampaikan kalau gi ke Kajang tak singgah restoran die memang dikira tak sampai Kajang la..... (yer ke....) wonder...

So bile kami masuk ke restoran tu... mak oiii ramai nyer orang...... dua tingkat lak tuu restoran die.... cari tempat dan duduk... ayah gi order makanan sebab kat sini layan diri sendiri... ada soundboard mengatakan " Sila order makanan anda di kaunter dan bayar di kaunter, sila nyatakan nombor meja anda" oooooo konsep layan diri sendiri la ..... macam KFC cuma bila bayar kat order dan bayar kat kaunter tu kami dapat le kuah, nasi empet dan timun dulu.....

Seingat umilah kami cuma tunggu kira-kira not more than 10 minutes... makanan dan minuman dah sampai... very the cepat uuuu... yelah dengan keadaan orang yang tersangaaaat la ramai tu... kalau kedai biasa setengah jam tu biasa ler.... tapi terperanjat jugak beruk aku............ cepat...

Ehem... ehem... tak reti2 nak makan ker... akhirya kamipun menjamulah selera dengan satay tu... kami amik satay ayam dan daging sj... satu cocok 60 sen yer.... haha... kuah kacang dan sambal berasing... jadik bebudak kecik yang takuuuuuut pedas boleh le menarik nafas lega .................... memang sedapla ...... dan yang paling penting satay nyer besar2... dan nampak sikit tapi bila makan kenyang nyer..... ingat ....rezeki yang sedikit jika ianya berkat Insya Allah mengenyangkan.... jangan tamak2


sabar menunggu... tak lama

timun, nasi empet dan kuah kacang

sate sudah mari...... jom.... bismillah


Lepas makan kami dapat sms dari Nawal die kata lambat sikit sebab kat Perak ujan... jadi bas tak boleh bawa laju2.... waktu tu jam dah kul 10 malam... camani... lambat lagik nak tunggu.... ehem.... Nana dan Nani ajak gi main kat sebelah stadium tu ada tempat permainan kanak2 dan juga sewa basikal baring..... basikal baring? terkejut ker..... ha ... aku pun terkejut jugak pun........


tak la baringkan... duduk melunjur jer
perg..... bergaya... gerak tak beskal tuu....


Memangla basikal tu basikal baring tapi bukanlah baring sepenuhnya macam duduk kaki melunjur le.... hehe....lepas turun naik permainan budak2 yang percuma tak payah bayar... kami beralih ke permainan yang perlu mengeluarkan duit ayah die..... basikal baring..... mengikut ayah die... 15 minit .... 5 hengget.... amik dua buah utk Nani dan Nana.....



Seronooooook bebudak tu mengayuh...... pusing-pusing balapan atau trak stadium tu.... kami yang menunggu ni yang lenguh nyer..... akhirnya selepas bermain-main, bediri-diri dan menengok-nengok orang main jam dah hampir pukul 11.15... dpat sms dari Nawal die dah dalam perjalan ke Kajang dari Tol Jalan Duta maka berangkatla kami ke Hentian Kajang tempat bas epress selalu berhenti utk mengambil dan menurunkan penumpang. Bagi kes kami adalah menurunkan penumpang le .

Tunggu punye tunggu punye tunggu jam dah pukul 12.15 baru le kelibat bas dia datang... kemudian kamipun bertolak balik ke Melaka jam 12.20 dan sampai umah dengan selamatnya jam 1.20 am.... sejam jer ayah bawak .... laju tuuu... sebab waktu tu keta kat highway dah kurang.... so macam formula one le... Alhamdulillah semua selamat... perjalanan pergi selamat, makan satay selamat, main menan selamat, perjalanan balik selamat.... syukur alhamdulillah....