Blog ini diterbitkan untuk keluarga Zaharan dan Jamaliah.

Mencatatkan pelbagai aktiviti , percutian dan peristiwa untuk dikongsi bersama keluarga dan kenalan.

Rabu, 30 November 2011

Nawwal dan MRSM Mersing dalam kenangan......

Salam,

27 November lepas kami telah berkunjung ke sekolah Nawwal utk kali yang terakhir (rasa-rasanyalah) sebab dia cuma tinggal berberapa hari saja lagi untuk menghabiskan SPMnya yang dijangkakan tamat pada 30 Nov... umi rasa agak sayu jugak sebab lepas ni entah sampai ke tidak lagi kami di sana... yerlah walaupun cuma hampir 6 bulan Nawwal di sana disebabkan kami agak kerap kesana rasa dekat dihati tu memang terasa.... almost every week.... just imagine

Tambahan pulak kalau nak ke sana tu akan melalui jalan ke kampung Umi yang dulu2 agak jarang dilalui. Walaubagaimanapun hidup mesti diteruskan. Tak boleh bersedih lagipun Nawwal dah habis belajar, maksudnya sekolahlah... kalau ada rezeki dia sambung belajar di Universiti ke atau kolej ker.... lain lah citernya pulak.

So masa kunjungan kami kesana pada 27 Nov lalu sempatlah amik foto berberapa keping untuk kenang-kenangan. Ayah sempat gak goreng mee utk nawal makan dengan kengkawan dia... kami just bekfas kat luar jer... singgah di Tangkak sebelum ke sana.

Semoga Nawwal mendapat keputusan yang cemerlang di dalam SPM nya dan pengalaman di MRSM Mersing akan terus menjadi kenangan kami.















Tiada ulasan:

Catat Ulasan