Salam sejahtera,
Jumaat lepas 11 Nov , Nawwal ada telefon umi memaklumkan yang dia kurang sihat. Demam katanya , badan panas, batuk dan selesema. Kesiannya, sebab dia nak exam hari isnin 14 nov. So hari sabtu 12 nov, kami pun berangkatlah ke Mersing. Asalnya nak kesana hari Ahad sebab atuk dan nenek dia nak ikut sekali. Untuk bagi semangat dan dorongan sebelum berjuang.. Dah sakit kenalah pegi awal.
Umi pulak tak berapa sihat, cam ayah dia gak, selesema. So hari Jumaat tu lepas balik dari meeting di KL, lepas maghrib kami ke Klinik amik ubat. Ubat utk umi dan ayah serta ubat utk nawal sekali. Disebabkan nak pergi tergesa-gesa so tak de le memasak, beli jer dan bawak bekal utk makan disana.
Tengok dia memang nampak tak berapa sihat tapi nasihat makan ubat dan jaga makan. Doa moga Allah berikan kesihatan yang baik utk dia. Tapi semalam masa umi nak gi putrajaya ada meeting, dia telefon selepas exam paper BM. katanya dia demam kuat sampai nak jawab yang akhir-akhir tu dah macam tk brp ok.
Umi panik gak, truss call ayah dia yang tengah berkursus di EQ. Ayah dia yang dengar berita ni trus buat keputusan nak kesana jengok dan bagi sokongan utk nawwal. Begitulah kasih ayah..... nak travel ke Mersing bukannya dekat, pegi 3 jam dan balik 3 jam. Tu kalau dia bawak keta 130 atu 140.... hadoiii... umi nak ikut tp ada kerja di Putrajaya tepaksalah mengalah.
Kesian nawwal, demam saat-saat menjalani exam. Ini memang ujian dari Allah. "Ya Allah, moga kau berikanlah kesihatan yang baik kepada anak ku agar dia dapat menjalani ujian dengan baik dan cemerlang. Permudahkanlah segala urusannya Ya Allah dan kau berikanlah dia keputusan yang cemerlang . Hanya kepadaMu , aku berserah dan hanya padaMu aku meminta pertolongan. Sesungguhnya Kaulah yang maha mengasihani dan maha penyayang" Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan