3 Nov merupakan tarikh program majlis graduasi nawwal di MRSM. Umi dan ayah serta Nani dan Nana ke sana pada 2 Nov. Kami bermalam di Seri Malaysia Mersing. Terpaksa bermalam di sana sbb majlis bermula jam 8.30 pagi.
Selepas bekfas, hanya umi dan ayah jer yang kesekolah nawal sebab bebudak tak dibenarkan masuk dewan. Kesian pulak kalau bawak anak dara dua orang tu. Nanti kalau kene dok luar lama sangat sure boring. Jadi biar dorang tinggal kat hotel, tuntun tv atau baca buku.
Okayla majlis tu, majlis graduasi utk pelajar tkt 3 dan 5. Teringat pulak masa umi punya majlis graduasi. hehe. Alhamdulillah akhirnya selesai jugak nawwal dengan belajar dia walaupun banyak sangat peristiwa yang berlaku. Umi dan ayah sentiasa doakan yang terbaik utk dia, moga dia akan terus berjaya dalam spm dan seterusnya ke Universiti.
Walaupun keputusan dia tidaklah begitu excellent, kami bersyukur dan berdoa moga spm nanti lebih baik dari apa yang diperolehi sekarang. He's getting better and better everyday... itu yang positif... as long as dia nak belajar, umi dan ayah sentiasa mendoakan dan menyokong.
Ada berberapa foto yang kami amik di sana. Nak bergambar banyak-banyak hari pulak hujan so, tempat dan pergerakan terhad. Umi ada gak belikan flower utk dia siap ada teddy bear kecik lagi tapi teringat bila belikan dia, sikenit duaorang tu pasti nak jugak..... alamak! kenele beli gak utk duorang tuu... hehe.....
So selepas majlis tamat kira-kira jam 12 tengahari, ayah dah siap check out sekali dan amik budak duorang tu dan bawa ke sekolah nawal. Nawal balik sekali dengan kami sebab dia ada dapat pelepasan cuti utk hari raya haji sekali. Jadi kami bawa dia balik sekali. Kembali semula kesekolah pada 7 November. Itupun kami akan hantar nanti. kesian nak suroh dia naik bas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan