Blog ini diterbitkan untuk keluarga Zaharan dan Jamaliah.

Mencatatkan pelbagai aktiviti , percutian dan peristiwa untuk dikongsi bersama keluarga dan kenalan.

Khamis, 17 November 2011

Last day persekolahan 2011........

18 Nov 2011 (Jumaat),

hari ni adalah last day persekolahan utk tahun 2011, nana dan nani nak gak gi sekolah walaupun bukannya belajar pon. Tak apalah mungkin nak jumpa kengakawan kot.... umi kesian pulak , gosokla jugak baju dia.. tapi penat gosok rupa2nya dia nak pakai baju sukan jer.... ponek den gosok..... sebab pastu bukannya pakai pon sebab dah habis skolah... heeeii geram.....

Tapi bagi Nawwal, masih lagi berjuang untuk SPM nyer.... umi sentiasa mendoakan anak umi berjaya dengan cemerlang. Moga kesihatan Nawwal bertambah baik dan dapat menjawab dengan tenang dan cemerlang..

Minggu ini tak taulah dapat jengok dia ke tak sebab ayah agak sebok sekarang dengan aktiviti MC nyer.... malam semalam, malam ini dan malam esok, ada dinner dan majlis..... soo, nothing much that we can do without him around... Kami tiga beranak dok umah jer la layan tv dan buku.

Semalam ke stadium Pelembang (kat tv jer la), tonton bola Malaysia lawan Indonesia dlam sukan Asean.... dup dap dup dap hati... seb baek Msia menang 1-0... umi kuat jerit sampai budak2 kata ni yang tak suka tengok bola ngan umi, kaki jerit.... cam perempuan g......a .. ala janganlah marah dek non sesekali umi layan tv.... selalunya umi mana ada tengok tv.... korang jer yang layan... kan.....

 So berbalik kepada citer sekolah tadi.... ha bermula esok dah cutilah kira2 nya....selamat bercuti semua... enjoyla makan tido.... hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan