Blog ini diterbitkan untuk keluarga Zaharan dan Jamaliah.

Mencatatkan pelbagai aktiviti , percutian dan peristiwa untuk dikongsi bersama keluarga dan kenalan.

Isnin, 5 Disember 2011

Shopping Sakan Utk Percutian Keluarga

4 Disember 2011 (Ahad)

Hurm... kami sekeluarga bercadang hendak ke Korea Selatan pada 20 - 25 Disember ni , yer lah nak maen snow kata si kenit tuu.... well.... ikut lah pakej muslim travel senang sikit sebab nak ke sana susah nak cari makanan halal kalau kita tak biasa.

So, kami pegilah shopping pada hari Ahad lepas, jenjalan cari baju panas dan apa2 yang patut.. maklumlah kami bukannya pernah pegi melancong ke negeri yang bersalji nii... kang kalau sejuk sangat kang nak bergerak pon tak dapat... tok sah kata nak bergerak tapi takut demam pulak... demam kesejukan... payah tuu.

So, berhabis jugaklah nak nyiapkan kelengkapan... banyak gak duit yang terbang... tapi tak pa... asal bahagia dan within the budget. Seronok + Teruja = duit terbang.... hehehe. Nanti kene le kumpul balik duit yang telah dibelanjakan.

Percutian kali ni Nawwal tak dapat ikut sebab dia ada kelas memandu. Jadi kami pergi berlima sahaja. Nantilah kalau ada rezeki umi nak bawak dia ke tempat lain ikut program FAT projek yang umi jaga. Insya Allah... China ke atau Europe ... tengoklah mana yang available.... asyik bos dan big bos aje yang keluar negeri... umi nak gak rasa.

Anyway, harap-harap percutian kali ni berjalan lancar dan dipermudahkan.... Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan