Blog ini diterbitkan untuk keluarga Zaharan dan Jamaliah.

Mencatatkan pelbagai aktiviti , percutian dan peristiwa untuk dikongsi bersama keluarga dan kenalan.

Khamis, 12 Januari 2012

Berakhirnya 2011

Assalamualaikum semua,

2011 telah lewat meninggalkan kite... so sekarang ni kite dah melangkah ke tahun baru 2012. Rasa belum terlewat untuk merakamkan ucapan selamat tahun baru buat semua pembaca blog ini.

Hurm... agak lama jugak umi tak mencatat sesuatu di blog ini, last catatan sebelum kami sekeluarga pergi bercuti. Yer lah time soping2 sakan sebelum berangkat ke negeri air batu.... winter la tuu.. Banyak kenangan suka dan duka sepanjang tahun 2011... yang pasti paling banyak adalah kedukaan..... ujian demi ujian yang kami terima. Tetapi umi selalu ingat satu perkara " sekecil-kecil ujian adalah kesakitan dan kesusahan manakala sebesar-besar ujian adalah kesenangan, kemewahan dan kesihatan yang baik". Allah tidak akan memberikan ujian yang tidak termampu untuk kita tanggung.

Bermula dengan awal tahun, suka duka  menguruskan persekolahan dan "perangai" anak-anak. Silih berganti bagai tak pernah ada pasang surut. Kemudian kami bergembira kerana dijemput menunaikan Umrah pada bulan Mac - April. 14 hari disana amat mendamaikan dan menenangkan fikiran yang berserabut. Sekembalinya kami, ujian tetap datang malah lebih hebat lagi. Banyak air mata yang tumpah. walaubagaimanapun life must go on.

Didalam menghadapi ujian ini, selain dari air mata yang tertumpah, banyak juga duit yang keluar.... mengalir bagai air sungai... tapi jika itu memang telah diaturkan... redha sahaja. Tahun ini juga sewaktu cuti raya kami dapat beraya bersama-sama dengan saudara mara dari Johor. Telah lama rasanya terputus hubungan, maksud umi, umilah dengan mereka. Seronok sungguh..... dpat berjumpa semula dengan bapa dan emak saudara. Dah naik tak kenal dah sepupu-sepupu umi... yang dulunya kecik dan besar dan beranak pinak dah...hehe macamlah die tak tua2 kata orang hehehe.....

Dan untuk penutup tahun 2011 , kami sekeluarga kecuali Nawwal telah bercuti ke Korea Selatan, Anyeong Haseyoooo....... seronoooook... pengalaman ke Korea nanti akan umi catatkan dalam satu blog berasingan kerana banyak story mory yang nak umi share . Begitu juga dengan catatan perjalanan semasa kami menunaikan Umrah ... blog dah ada cuma lum sempat nak hupdate... almaklumlah sesebok memanjang... mcmlah orang lain tak sebok kan?

So, diringkaskan citer.... umi akan cuba sebaik mungkin menghupdatekan blog ini jika berkesempatan. Kalau tak dapat hari-hari dapat hupdate seminggu sekali pon dah memadai. Tapi yang pasti blog umi yang pebret iaitu perkongsian ilmu memang selalu arrr hupdate... sebab sentiasa baca buku jer ..... sampai mata dah naik kelabu asap..

Oke kengkawan.... pen off right now. masa dah menunjukkan kul 8.20 pagi Jumaat 13 Januari 2012.... Kang kalau asyik dok mengetuk komputer ni boss umi naik hangin lagi tak ke parah... semalam dah hangin satu badan.... eiiii..... atot..... bye for now. adiosss.... an yeong haseyooo..... kamsahamnida..... sarangheyoo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan