Blog ini diterbitkan untuk keluarga Zaharan dan Jamaliah.

Mencatatkan pelbagai aktiviti , percutian dan peristiwa untuk dikongsi bersama keluarga dan kenalan.

Rabu, 27 Julai 2011

Kursus.... Ujian..... Lulus ..... Yezza.....

Assalamualaikum seme.... umi nak ceciter skit satu citer yang umi suker sangaaaaat....

11 Julai lalu umi kene gi kursus.... kat Melaka jer...... punyala seronok sebab dah lama tak gi kursus...... so dapatlah release skit...... tapi kursus ni rope-ropenyer ada kene amik ujian.... sebab kalau lulus dapat sijil.... kursus yang umi hadiri adalah "kursus Penilai Shassic (Safety and Health assessment system in construction).

Ha .... kalau lulus kursus ni boleh dapat lesen untuk mengaudit... kira ada lesenlah dari CIDB tetapi dengan syarat perlu ada green card dan juga ada sijil kursus Construction Safety and Health Officer selama 5 hari. Pergh!!!!!!!!!  kalau dah ada lesen ini, CIDB boleh panggil kita bila-bila masa untuk mengaudit jika ada permintaan dan yang paling penting masyuk.... sekali mengaudit dapat RM600 dan semua lodging dan perjalanan ditanggung beb..... lumayan tuu..... sapa tak nak..... extra income...

Anyway... syukur Alhamdulillah lulus walaupun masa menjawab soalan tuhari teramatlah tensen nyer... mana idaknya ada 120 soalan seme dan dikehendaki menjawab dalam masa 60 minit. Bermakna satu minit kene jawab dua soalan... kalau nak lulus perlu betul 84 soalan..... hadoiiii................ memangla soalan tu objektif tetapi bahasa hinggeris tau...... nak baca soalan jer dan setengah minit..... belum jwb lagi tuu....

Tapi Allah maha Kaya... segala usaha tidak sia-sia..... berjaya jugak umi lulus dan kawan yang gi sama kursus pun lulus... La nie tengah tunggu opis hantar kami kursus further iaitu kursus 5 hari CSHO plak... barulah lengkap jadi auditor....

Seronooook sangaaaat.... walaupun dah tua-tua tapi masih boleh lulus ujian... ini memberikan semangat umi untuk mencuba sekali lagi ujian Jurutera Profesional pulak.... mana boleh dah 22 tahun keje tak dapat Ir lagi... orang lain yang mude2 seme dah ada Ir... malulah beb... sok kalau nak amik tempat pak aji tuu sekurang-kurangnya ada Ir barulah orang suspek skit... ops.... respek skit.

Insya Allah... umi akan berusaha untuk mencapai cita2 umi... dimana ada kemahuan di situ ada highway.... jangan anggap umur sebagai penghalang untuk kita terus belajar dan belajar....  harap ayah dan keluarga seme dapat memahami kehendak hati umi ini.....

Moga mendapat keredaan Allah dan perlindungan Nya jua...amin


Tiada ulasan:

Catat Ulasan