Blog ini diterbitkan untuk keluarga Zaharan dan Jamaliah.

Mencatatkan pelbagai aktiviti , percutian dan peristiwa untuk dikongsi bersama keluarga dan kenalan.

Sabtu, 19 Februari 2011

Sambutan Maulidul Rasul.... Taman Merak Mas

Ya.... kalau Selasa lepas merupakan Hari Maulud Nabi dan disambut peringkat Negeri Melaka... esok plak adalah sambutan diperingkat Taman Merak Mas. Sekarang ni pun ayah tengah sebok kat Surau, bergotong royong memasak untuk esok.

Petang tadi umi , Nani dan Nana siapkan goodies untuk bebudak... dah siap dah... dah bawak kat surau pun. Ayah pulak sebok hiaskan beca untuk digunakan esok masa perarakan. hehe..... kelakar pun ada.. tengoklah foto yang diambil tuu....




Selepas dihias.. cantik gak beca ni ya....

Esok Majlis akan berlangsung, malam ni test drive dulu... hehe jangan ingat senang nak bawa beca ni.... tadi ayah cakap hampir2 langgar kete... bukan kete gerak tapi kete parking....... seb baek tak langgar, kalau tak tah apa lah yang akan berlaku.


Tambah kapsyen

Okay ....sambung esokla... dah lewat ni, jam dah pukul 1 pagi.. esok nak bangun pagi.... to be continue ya..... tungguuuuuuuu

Ya.... hari yang ditunggu pun tibe.... pagi ni sume bangun awal utk berarak. Tidak ketinggalan Ayah, Umi, Nani dan Nana. Alhamdulillah ramai jugak orang... kalau dilihat adalah lebih kurang 200 lebih. Lepas berarak dan selawat ada ceramah di surau. Pastu baru ada jamuan ringan... ringan tuu tak de la ringan mana... sbb makan nasi. Disini ada dipaparkan foto masa berarak.



MORAL OF THE STORY : Selawat dan salam atas Junjungan Besar kita. Tidak kira samada semasa dihari  kelahirannya ataupun bukan. Insya Allah mendapat syafaatnya. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan