Blog ini diterbitkan untuk keluarga Zaharan dan Jamaliah.

Mencatatkan pelbagai aktiviti , percutian dan peristiwa untuk dikongsi bersama keluarga dan kenalan.

Rabu, 30 November 2011

Salam Maal Hijrah.....

Salam ,


27 November lalu merupakan tahun baru Islam.... salam maal hijrah utk semua yang mengenali diri ini. Tahun baru dan azam baru... bagaimana hendak memulakan semula apa yang nak dihijrahkan... berhijrah dari yang kurang baik kepada yang baik... yang kurang sempurna kepada yang lebih sempurna....

Moga Allah memberikan kami bimbingan dan seterusnya memberkati apa yang kami lakukan utk perubahan yang ingin kami lakukan..  Semoga tahun baru ini menjadi tahun yang  lebih baik dari tahun sebelumnya, tahun yang penuh dengan kedukaan dan kepiluan kami sekeluarga....

Moga tahun ini juga kami memperoleh rezeki yang melimpah ruah dan keberkatan terhadap rezeki tersebut. Moga Allah permudahkan segala urusan kami juga.

Nani ke kem motivasi , Nana ke EON Mall

Salam,

28 November 2011 (Isnin)

Sebelum cuti sekolah lepas , Umi dah register Nani dan Nana utk mengikuti progam kem motivasi di Ayer Keroh, kenela bayar RM 100 sorang. Sebab bebudak dorang tu dah excited sangat. So apply masa belum cuti sekolah lagi , jadi budak dua orang ni dah kira2nya bersedialah dari segi mental...

tup tup just few days before the event, ayah dia ubah fikiran tak nak bagi si kenit pegi.... ayah cakap dia kecik lagi dan terlalu fragile nak bagi involve dengan event camni. Tambahan pulak sikenit ni susah nak berenggang dengan umi dia.... hurm... apa lagi mengkotla sikenit tuu...

Dak kakak pulak bila dapt tau adik dia tak jadi gi... dia pulak dah saspen.... dalam perut ada kupu-kupu.... hehehe...... sabar kakak... jangan takut.... nanti adalah kengkawan yang sama-sama tuisyen kat program tu....

So, last sunday lepas balik dari Mersing melawat Nawwal, umi , nana dan nani pun ke Jusco untuk cari kelengkapan dia cam seluar trek... budak sorang ni seluar trek dia kureng... yang ada tu atas ehsan umi dia.... almaklumlah badan dah hampir sama dengan umi dia ... abis umi die nyer suar kene kebas.... hahaha.

Beli dua helai suar untuk dia... dak adik pulak ayah dia dah janji akan bagi 50 hengget sebagai ganti rugi tak serta dalam program tuu... haha janji yer Yah..... anak tu menuntut... so kami pun siapkan lah kelengkapan dia sebab dia kene daftar pada Isnin 29 November jam 9 pagi... malam tu berkemaslah barang-barang keperluan dia...

Sok pagi, kira2 jam 8.30 dah siap siaga la..... ha tengoklah sendiri foto yang diambil... kemain lagi... moga enjoy dengan program yang disertai dan mendapat manfaat dari pada program ini Nani.....

dak adik pulak????????????????????

Lepas hantar Nani kami balik umah dan ayah ke opis ada keje... cam biasa la tuu... duduk la umi dan ana kat rumah... apa lagi menovel la.... seperti biasa.... Petang tu lepas asar kami becdang nak ke dataran pahlawan untuk membeli pakaian utk ayah ... yerlah ayah... baju dia cuma ada 2 helai sahaja. kesian pulak... tapi kus semangat dahlah cuti sekolah.... parking tersangatla penuh.... nasib tak menyebelahi kami dan maka kami seterusnya meneruskan perjalanan kami ke AEON Mall atau lebih dikenali Jusco Baru...

Niat dihati nak cari barang cik abang... ayah la tuu, terpandang pulak kedai Universal Traveller... apa lagi... teruslah masuk nak tengok pakaian musim sejuk... sebab kami becadang nak ke Korea Selatan pada hujung Disember ini.... ada diskaun lak.....

Pilih-pilih punya pilih dapatlah baju utk sikenit nana..... yang tadinya merajuk.... pergh... jacket, seluar, long jon dan glove ajer telah menerbangkan duit ayah dia sebanyak 700 hengget.... hadoiii.... tu baru dia sorang, kami yang lain ni camne yer....... ada 4 orang lagi... berapalah agaknya yang kene belanje.....

Tapi tengoklah sendiri anak dara ni melaram dengan baju dia.... cam bebenor aje... dah tak sabar sangat nak ke Korea... maen salji gitu...... Winter Sonata.......

Macam orang bulan pon ada.... haha.... comel sikenit umi ni......... apr2 pun moga kami semua dapat pegi melancong seperti yang telah diaturkan.....

Nawwal dan MRSM Mersing dalam kenangan......

Salam,

27 November lepas kami telah berkunjung ke sekolah Nawwal utk kali yang terakhir (rasa-rasanyalah) sebab dia cuma tinggal berberapa hari saja lagi untuk menghabiskan SPMnya yang dijangkakan tamat pada 30 Nov... umi rasa agak sayu jugak sebab lepas ni entah sampai ke tidak lagi kami di sana... yerlah walaupun cuma hampir 6 bulan Nawwal di sana disebabkan kami agak kerap kesana rasa dekat dihati tu memang terasa.... almost every week.... just imagine

Tambahan pulak kalau nak ke sana tu akan melalui jalan ke kampung Umi yang dulu2 agak jarang dilalui. Walaubagaimanapun hidup mesti diteruskan. Tak boleh bersedih lagipun Nawwal dah habis belajar, maksudnya sekolahlah... kalau ada rezeki dia sambung belajar di Universiti ke atau kolej ker.... lain lah citernya pulak.

So masa kunjungan kami kesana pada 27 Nov lalu sempatlah amik foto berberapa keping untuk kenang-kenangan. Ayah sempat gak goreng mee utk nawal makan dengan kengkawan dia... kami just bekfas kat luar jer... singgah di Tangkak sebelum ke sana.

Semoga Nawwal mendapat keputusan yang cemerlang di dalam SPM nya dan pengalaman di MRSM Mersing akan terus menjadi kenangan kami.















Khamis, 17 November 2011

Last day persekolahan 2011........

18 Nov 2011 (Jumaat),

hari ni adalah last day persekolahan utk tahun 2011, nana dan nani nak gak gi sekolah walaupun bukannya belajar pon. Tak apalah mungkin nak jumpa kengakawan kot.... umi kesian pulak , gosokla jugak baju dia.. tapi penat gosok rupa2nya dia nak pakai baju sukan jer.... ponek den gosok..... sebab pastu bukannya pakai pon sebab dah habis skolah... heeeii geram.....

Tapi bagi Nawwal, masih lagi berjuang untuk SPM nyer.... umi sentiasa mendoakan anak umi berjaya dengan cemerlang. Moga kesihatan Nawwal bertambah baik dan dapat menjawab dengan tenang dan cemerlang..

Minggu ini tak taulah dapat jengok dia ke tak sebab ayah agak sebok sekarang dengan aktiviti MC nyer.... malam semalam, malam ini dan malam esok, ada dinner dan majlis..... soo, nothing much that we can do without him around... Kami tiga beranak dok umah jer la layan tv dan buku.

Semalam ke stadium Pelembang (kat tv jer la), tonton bola Malaysia lawan Indonesia dlam sukan Asean.... dup dap dup dap hati... seb baek Msia menang 1-0... umi kuat jerit sampai budak2 kata ni yang tak suka tengok bola ngan umi, kaki jerit.... cam perempuan g......a .. ala janganlah marah dek non sesekali umi layan tv.... selalunya umi mana ada tengok tv.... korang jer yang layan... kan.....

 So berbalik kepada citer sekolah tadi.... ha bermula esok dah cutilah kira2 nya....selamat bercuti semua... enjoyla makan tido.... hehe

Selasa, 15 November 2011

Marhani dan Marhana - duit bantuan kerajaan

16 Nov 2011 - hari ini merupakan hari serahan duit bantuan kerajaan yang diumumkan oleh PM masa pembentangan bajet 2012 lalu. So nani dan nana dapat sorang seratus hengget utk perbelanjaan sekolah tawon depan.

Mengikut surat yang dikeluarkan oleh pihak sekolah hari ini jam 11 pagi. Tapi umi masih ada dipejabat lagi, masih menunggu panggilan tepon dari bebudak , jadi ke tidak. Nanti kalau tak de , tak la umi dah terpegi ke sana. Buang masa jer. yerlah masih menunggu, masih mengunggu, masih mengunggu....... hurm!!!!!!!!!!!

Isnin, 14 November 2011

Nawwal , demam dan exam

Salam sejahtera,

Jumaat lepas 11 Nov , Nawwal ada telefon umi memaklumkan yang dia kurang sihat. Demam katanya , badan panas, batuk dan selesema. Kesiannya, sebab dia nak exam hari isnin 14 nov. So hari sabtu 12 nov, kami pun berangkatlah ke Mersing. Asalnya nak kesana hari Ahad sebab atuk dan nenek dia nak ikut sekali. Untuk bagi semangat dan dorongan sebelum berjuang.. Dah sakit kenalah pegi awal.

Umi pulak tak berapa sihat, cam ayah dia gak, selesema. So hari Jumaat tu lepas balik dari meeting di KL, lepas maghrib kami ke Klinik amik ubat. Ubat utk umi dan ayah serta ubat utk nawal sekali. Disebabkan nak pergi tergesa-gesa so tak de le memasak, beli jer dan bawak bekal utk makan disana.

Tengok dia memang nampak tak berapa sihat tapi nasihat makan ubat dan jaga makan. Doa moga Allah berikan kesihatan yang baik utk dia. Tapi semalam masa umi nak gi putrajaya ada meeting, dia telefon selepas exam paper BM. katanya dia demam kuat sampai nak jawab yang akhir-akhir tu dah macam tk brp ok.

Umi panik gak, truss call ayah dia yang tengah berkursus di EQ. Ayah dia yang dengar berita ni trus buat keputusan nak kesana jengok dan bagi sokongan utk nawwal. Begitulah kasih ayah..... nak travel ke Mersing bukannya dekat, pegi 3 jam dan balik 3 jam. Tu kalau dia bawak keta 130 atu 140.... hadoiii... umi nak ikut tp ada kerja di Putrajaya tepaksalah mengalah.

Kesian nawwal, demam saat-saat menjalani exam. Ini memang ujian dari Allah. "Ya Allah, moga kau berikanlah kesihatan yang baik kepada anak ku agar dia dapat menjalani ujian dengan baik dan cemerlang. Permudahkanlah segala urusannya Ya  Allah dan kau berikanlah dia keputusan yang cemerlang . Hanya kepadaMu , aku berserah dan hanya padaMu aku meminta pertolongan. Sesungguhnya Kaulah yang maha mengasihani dan maha penyayang" Amin.

Ahad, 13 November 2011

Majlis Graduasi Nawwal

3 Nov merupakan tarikh program majlis graduasi nawwal di MRSM. Umi dan ayah serta Nani dan Nana ke sana pada 2 Nov. Kami bermalam di Seri Malaysia Mersing. Terpaksa bermalam di sana sbb majlis bermula jam 8.30 pagi.
Selepas bekfas, hanya umi dan ayah jer yang kesekolah nawal sebab bebudak tak dibenarkan masuk dewan. Kesian pulak kalau bawak anak dara dua orang tu. Nanti kalau kene dok luar lama sangat sure boring. Jadi biar dorang tinggal kat hotel, tuntun tv atau baca buku.
Okayla majlis tu, majlis graduasi utk pelajar tkt 3 dan 5. Teringat pulak masa umi punya majlis graduasi. hehe. Alhamdulillah akhirnya selesai jugak nawwal dengan belajar dia walaupun banyak sangat peristiwa yang berlaku. Umi dan ayah sentiasa doakan yang terbaik utk dia, moga dia akan terus berjaya dalam spm dan seterusnya ke Universiti.
Walaupun keputusan dia tidaklah begitu excellent, kami bersyukur dan berdoa moga spm nanti lebih baik dari apa yang diperolehi sekarang. He's getting better and better everyday... itu yang positif... as long as dia nak belajar, umi dan ayah sentiasa mendoakan dan menyokong.





Ada berberapa foto yang kami amik di sana. Nak bergambar banyak-banyak hari pulak hujan so, tempat dan pergerakan terhad. Umi ada gak belikan flower utk dia siap ada teddy bear kecik lagi tapi teringat bila belikan dia, sikenit duaorang tu pasti nak jugak..... alamak! kenele beli gak utk duorang tuu... hehe.....
So selepas majlis tamat kira-kira jam 12 tengahari, ayah dah siap check out sekali dan amik budak duorang tu dan bawa ke sekolah nawal. Nawal balik sekali dengan kami sebab dia ada dapat pelepasan cuti utk hari raya haji sekali. Jadi kami bawa dia balik sekali. Kembali semula kesekolah pada 7 November. Itupun kami akan hantar nanti. kesian nak suroh dia naik bas.

Rabu, 9 November 2011

Ibadah Korban dan Hari Raya Haji

Assalamualaikum semua.......

kali ini umi dan citer tentang hari raya haji dan ibadah korban tetapi sebelum itu nak ucapkan dahulu selamat hari raya haji pada semua yang mengenali diri umi.... yerlah kite baru jer menyambutnya pda 6 November 2011 lalu.

Di tempat umi maksudnya di taman tempat tinggal kami, seperti biasa dilaksanakan ibadah korban dan kali ini sebanyak 4 ekor lembu yang akan dikorbankan. Alhamdulillah semua berjalan lancar, tapi umi tak pegi pon sebab umi ni takut tengok darah yang banyak. Jadi dengar citer jer la.






Persediaan lain untuk raya haji tak der sangat la cume umi masak soto ayam jer... untuk makan kami sekeluarga. Tidak kemana-mana sebab ayah ada kerja dan umi pon tak de mood nak berjalan-jalan.