Blog ini diterbitkan untuk keluarga Zaharan dan Jamaliah.

Mencatatkan pelbagai aktiviti , percutian dan peristiwa untuk dikongsi bersama keluarga dan kenalan.

Ahad, 18 November 2012

Sabtu, 17 November 2012

Umi : Trip to China @ work

Pada 14 Mei hingga 18 Mei 2012 umi telah berangkat ke China atau lebih tepat lagi ke Suzhou utk bertugas. Ada factory testing di kilang valve disana. Atas urusan rasmi.
 
 
Trip ini ditanggung dibawah projek yang umi jaga dan dihadiri sama oleh pegawai2 lain dari PAAB, kontraktor dan juga supplier. So trip 5 hari ini bermalam 2 hari di Suzhou dan 2 malam di Shanghai. Sebenarnya umi tak pernah pun sampai ke China. So this is the first time ke sini.
 
Mula tu nak bawak Nawwal tapi disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan dimana Nawwal kemalangan dan patah kaki so umi kene gi sorang jer.
 
 
Citer yang lebih detail berhubung trip ini akan umi citerkan di blog khas Memori To China 2012 . So nantikan blog tersebut yer yang akan umi attachedkan di blog ini untuk u olls seme layari.... orait...

Khamis, 15 November 2012

Percutian Keluarga : Memori Kuching Sarawak 2012)

Untuk tahun 2012 ni, dis is the first family holiday yg kami sekuarge pi bersama since Jan hingga kini. Bulan Nov baru dapat aturkan. Itupun ayah jer yang pikir2 terus book flight to Sarawak. Decision made in a few hours.
 
Tujuan percutian ini adalah bagi berkumpul bersama-sama since Nawwal akan register di UiTM Lendu pada 24 Nov nanti. Jadi bila lagi nak fly bersama-sama. Dahlah tahun lepas kami ke bercuti di Korea die tak ikut. Kesian pulak.
 
Soo percutian kali ni cuma 3 hari 2 malam sahaja. Flight dari Senai JB jam 8.30 malam pada 11 Nov. Kami rancang cuti ni sebab seminggu ni banyak cuti seperti cuti Deepavali dan Awal Muharram. Bile amik cuti 2 hari jer dapat cuti berhari-hari, lumayan gitew.
 
Percutian bermula 11 hingga 13 Nov. Trus book hotel dan juga transport di sana. Kira oklah cuma agak singkat dan banyak lagi tempat yang kami tak dapat cover. Insya Allah akan datang kami akan bercuti lama skit so dapatlah pi tempat2 lain yang lebih menarik.
 
Anyway umi tak nak citer lelebih kat sini tapi umi akan create another blog khas untuk percutian famili ke Sarawak dengan lebih detail siap foto bagai. Nantikan yer liputan penuh lawatan kami tuu... tunggguuuuuu
 

Selasa, 6 November 2012

Imi dan peksa SPM

Hmmmmm..... minggu ni peperiksaan SPM bermula... Muhammad Hilmi bin Zaharan, dah siapkah study kamu.... cukupkah ilmu di dada untuk berjuang.

Umi dan ayah sentiasa mendoakan kecemerlangan kamu. Berusahalah dan andai kata result yang diperolehi kurang memuaskan umi dan ayah terima seadanya. Yang paling penting usaha dahulu tau.

Peksa bermula 5 Nov hingga 29 Nov 2012. Pastu kita boleh lek luu kay... gi jenjalan ke mana-mana. Yang pasti Legoland in the hand. Hari kuarge opis umi.

Lastly Imi teruskan usaha dan jangan lupa berdoa semoga Allah menganugerahkan keputusan yang paling cemerlang pada kamu.